Pages

Monday, 11 July 2011

CERPEN: SABARLAH MENANTI


“Tok..tok...tok...”
Kedengaran pintu diketuk dari luar. Tak sampai beberapa saat, tiba-tiba terjenggul wajah Fatimah di muka pintu sambil tersengih dan segera menghampiri Lisa. Lisa  membalas dengan senyuman. Fatimah adalah teman sebilik Lisa. Dia memang suka menyakat. Kadang-kadang, Fatimah sengaja mengetuk pintu bertalu-talu dari luar bila balik dari kelas, dan Lisa lah yang terpaksa membuka pintu untuknya. Bukannya Fatimah tidak membawa kunci bilik, tapi sengaja nak kenakan Lisa.
“Lisa, nie bunga ros putih dan coklat Cadbury untuk kau, macam biasa....”Sambil tersengih menampakkan barisan giginya yang putih itu.
Fatimah menghulurkan bunga dan coklat itu kepada Lisa. Lisa mengeluh kecil. sudah lama Lisa terfikir pasal benda ni. Dah banyak sangat persoalan yang bermain-main diminda Lisa, dan semuanya masih belum terjawab. Siapa lelaki misteri ni?, kenapa dia bagi aku bunga dan coklat ni?, apa motif dia bagi ros putih dan yang paling menghairankan, kenapa aku akan terima bunga 7 kuntum ros putih tu setiap hari sabtu. Pening-pening.
“Timah, ambil lah... macam biasa kalau kau nak, kau ambil. Kalau tak nak, bagi la kat sape-sape ye?”  bunga dan coklat itu kemudiannya dicampakkan ke atas katil Timah.
Bulat mata Timah bila melihat Lisa mencampakkan bunga dan coklat ke atas katilnya.
“Wei!, mana boleh macam ni. Susah-susah je Adam tu hadiahkan kau semua ni tau. Lagipun,  tak baik kau tolak rezeki, nanti dia nangis”
 Fatimah sengaja mempamerkan muka sedihnya itu sambil mencebikkan bibirnya. Tp.... huh!, tak sedih langsung.
Sebenarnya, bukannya Lisa tak nak layan mamat ni. Tp tahun ni adalah tahun terakhir kat universiti ni. Jadi, sudah semestinya Lisa nak tumpukan sepenuh perhatiannya pada pelajaran. Tak nak lagi fikir pasal masalah perasaan cinta-cinta ni. Lisa cuma tahu, jika benar ‘dia’ adalah jodohnya, yang telah ditetapkan oleh Tuhan di Luh-Mahfuz, lambat atau cepat, Lisa pasti akan jadi isteri lelaki itu jugak suatu hari nanti. Kalau dah jodoh tu takkan kemana.

****************************************
 “Alhamdulillah, akhirnya habis jugak exam ni... Seronoknya!!, lepas ni aku nak tidur puas-puas.”
Fatimah hanya mampu menggeleng kepala melihatkan kaletah teman baiknya itu. Sepanjang perjalanan pulang ke Kolej, mereka berdua hanya bercakap pasal peperiksaan  tadi. Sesampainya mereka di bilik....
            “dum.......”
Lisa dengan selambanya menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Entah mengapa Lisa merasakan tilam itu sangat empuk pada hari ini. Tidak seperti sebelum ini yang keras semacam je. Nak tidur pun tak lalu. Mungkin sebab penat sangat kot.
“Timah, nanti teman aku pergi beli tiket. Aku rasa nak balik terus la lusa. Rindu gila kat ibu dan ayah aku kat kampong tu, dah lama sangat rasanya tak balik”
Rungut Lisa kepada Timah. Timah seolah-olah terkejut dengan kata-kata Lisa.
“Lisa.... kau tak nak lepak-lepak dengan aku dan kawan-kawan kita dulu ke??.. Alah, lepas ni tak tentu tau kita dapat jumpa lagi ke tak.. hah!, aku, Fiqa, Keena, Hery dan Daus dah planned nak bercuti kat Pulau Tioman. Kau WAJIB ikut tau.. kalau kau tak berani bagitau mak kau,meh sini... aku tolong bagitau!”
“Timah, aku balik pun dalam Malaysia ni jugak, bukannya jauh pun.. kita confirm boleh jumpa lagi laa... ape yang kau risaukan sangat??”
“Ah!, tak de.. kalau aku cakap wajib, maknanya..... WAJIB!!.. ok??”
Uish.... tegas semacam je minah ni. Sengaja ditekankan perkataan wajib tu.. kalau dah macam tu bunyinya, memang Lisa takkan ada peluang nampaknya untuk cari helah lain... Bila difikir-fikirkan balik, betul jugak cakap Timah. Lisa terus medial nombor telefon  ibunya untuk meminta kebenaran dan setelah itu Lisa  menyatakan kata setuju kepada Timah. Timah pula terus memelukku dan melompat-lompat. Mungkin kerana terlau gembira. Macam budak-budak!

*******************************************
Sampai jugak Lisa kat Pulau Tioman ni. Luas jugak Malaysia ni. Kalau difikir-fikirkan banyak lagi tempat-tempat menarik yang ada kat Malaysia yang belum pernah dia lawati. Mereka  berenam menginap di Sutra Tioman resort. Resort ni sangat cantik dan tempatnya sangat strategik kerana pintu biliknya yang betul-betul berhadapan dengan pantai itu. Sungguh mendamaikan. Hati Lisa tenang melihat indahnya ciptaan Allah.
“Weh!!... Amboi-amboi, sampai-sampai je kau dah buat drama jiwang kat sini ye?.. kau fikir ape tu, ingat kat pak we ye??”
Lisa tersentak apabila Fiqa menerjahnya dari belakang. Dia  mengurut-ngurut dada kerana terkejut. Lisa sengaja tidak menjawab soalan Fiqa dan kembali menyambung lamunannya. Fiqa hampa dan terus berlalu sambil membebel. Dari jauh kedengaran Fiqa terus-terusan membebel..
“ Susah betul cakap dengan orang yang macam hilang laki ni, kalau kita tanya, bukannya nak jawab, tapi kalau aku cakap dia tu sewel, nanti kang tak pasal-pasal aku ditibainya.. haish... tak faham betul..”
            Tapi sejak dari mula Lisa menjejakkan tapak kakinya ke pulau ni, hatinya tak keruan dan berdebar-debar. Entah kenapa. Bukannya dia tidak tenang, tetapi, itulah.. dia sendiri pun tidah tahu.
“Lisa, kau dah siap kemas?.. Jom turun kita jalan-jalan dekat tepi pantai kejap. Malam ni dah tak sempat sebab kita kan nak buat barbeque.”
            Keena pula kali ini menyentak Lisa dari lamunannya. Keena menyekak pinggangnya yang ramping itu sambil mengangkat kening ala-ala Ziana Zain kepada Lisa untuk mendapatkan jawapan. Lisa hanya mengangguk tanda setuju dan terus mengambil slim bagnya dan mengekori mereka dari belakang.

***************************************
Mereka berjalan menyusuri pantai sambil bermain di gigi-gigi air. Hari dah petang sebab tu mereka tak mandi je terus. Kalau diikutkan dengan air yang jernih tu, eeii... rasa geram je mereka nak pergi bermain dengan ikan-ikan tu. Tapi esok dah planned nak snorkelling.. mmm.. mesti best.
Tiba-tiba Timah meminta diri untuk pulang ke bilik kerana sakit perut. Lisa dan empat orang lagi rakannya terus ketawa bila Timah cakap yang dia sakit perut. Tadi, dia yang beria-ria nak jalan-jalan.. tup-tup, dia jugak orang pertama yang balik bilik. Hish.. macam-macam la dia ni.
Fatimah berjalan sambil tersenyum kerana dia sebenarnya bukan sakit perut, tapi dia nak jumpa seseorang. Seseorang yang menjadikan dia orang tengah untuk satu hubungan yang tiada permulaan dan tiada pengakhiran, iaitu Adam Haikal bin Ikhmal. Usaha jejaka itu selama ini untuk memikat Nurlisa Juliana tidak memberi apa-apa kesan. Senang kata tak berjaya lah. Entah apa lagi cara yang perlu dia buat. Inilah peluang terakhir untuk Adam mendekati Lisa. Semasa Fatimah berjalan menuju ke lobi, tempat dimana dia telah berjanji dengan Adam untuk berjumpa, tiba-tiba...
            “psst...pssst.... timah!!....”
“Dengar macam ada orang panggil aku. Tapi tak Nampak pun batang hidung.. huh!!” rengus Timah sendirian.
Sekali lagi Timah mendengar suara itu, dan rupa-rupanya...
            “laaa.... engkau ke Adam! Apesal kau menyorok kat pokok bunga ni??.. Ya Allah..”
“hehe.. aku risau nanti Lisa ternampak aku..” kata Adam sambil tersengih ke arah Fatimah dan berusaha untuk keluar dari tempat persembunyiannya itu.
Fatimah menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Adam ni kenapa. Dia ni nyayuk ke ape. Mana la Lisa kenal dengan mamat ni. Nama pun secret admirer kan.. ish.. ish.. ish.. Fatimah tiba-tiba geli hati dan ketawa sendiri.
“so, apa yang kau nak aku buat pulak sekarang?.. Adam, kau ni tak serik-serik ke, aku rasa Lisa tu takde hati pun nak kenal dengan kau kan... tapi kau tak putus asa kan?”
Fatimah memulakan bicara setelah Adam mengajaknya ke Coffee House. Adam memandang kosong pelancong-pelancong asing yang sedang asyik menikmati keindahan pulau ini. Dia kemudiannya mengeluh kecil.
“Timah, kau tak suka ke kalau aku dengan Lisa?”
Fatimah memandang wajah Adam dengan perasaan yang berbelah bagi. Mengenali Adam Haikal Bin Ikhmal yang merupakan seorang ketua pengawas semasa Fatimah baru tingkatan 2 di sekolah menegah itu membuatkan dia tidak sampai hati untuk mengecewakan Adam. Walaupun perbezaan umur mereka sebanyak 5 tahun, namun keramahan ketua pengawas itu telah membuatkan Fatimah tidak kekok apabila berkawan dengannya. Oleh sebab itu, Fatimah sanggup menolongnya memikat hati Lisa.
“Aku suka, Adam. Cuma aku tak nak kau kecewa je nanti kalau-kalau cinta kau tak  berbalas..”
“Timah, kau sepatutnya sokong aku yang nak bina masjid ni tau, ini tidak buat aku putus harapan lagi adalah.. Lagipun, ada Lisa bagitau engkau yang dia tak nak kenal dengan aku, ada??” Sampai berkerut- kerut dahi Adam Haikal untuk membuatkan Fatimah mengiyakan kata-katanya.
Sempat pulak mamat ni melawak. Kata-kata Adam memang ada betulnya. Fatimah terdiam seketika. Dalam berfikir, sempat juga  Fatimah mengelamun. Kalau la Lisa dapat Adam, dia memang seorang wanita yang sangat beruntung kat atas dunia ni. Bagi Fatimah, Adam adalah sebaik umat yang pernah Fatimah jumpa. Adam Haikal adalah lelaki yang sangat bertanggungjawab, beriman, dan bonusnya adalah, Adam ni kacak orangnya.
“Oit Timah, kau fikir apa lagi tu. Aku tercongok dekat sini, tapi sempat lagi kau menyulam angan-angan ya??” tegur Adam apabila sedari tadi Fatimah cuma diam dan memandang kosong Jus Epal dihadapannya.
Fatimah tersedar dari khayalannya yang panjang. Akhirnya, Fatimah mengangguk- angguk tanda bersetuju dengan kata-kata Adam. Tidak pernah pula dia terdengar yang Lisa tidak mahu mengenali lelaki yang dianggap misteri itu.
“A’ah la Adam. Betul jugak cakap kau tu. Kiranya masih ada harapan la. Sorry ya!”
“Eh, tak pe.. dengan kau aku tak berkira sangat”
Ujar Adam sambil tersenyum sehingga menampakkan lesung pipit sebelah kanan jejaka itu yang menambahkan lagi kesempurnaan pada wajahnya. Nasib baik Fatimah dah berpunya, kalau tidak, Fatimah pun turut cair dengan senyuman menawan Adam Haikal.
“Ahaaaa!!.. I just got one brilliant idea”
Fatimah memecahkan suasana dengan suaranya yang nyaring itu. Dia mengangkat jari telunjuknya dan mengangkat sebelah keningnya ala-ala Ziana Zain tanda dia mempunyai idea untuk menemukan ADAM HAIKAL BIN IKHMAL dan NURLISA JULIANA BINTI AHMAD.
“Apa???”
Adam seperti tidak sabar untuk mengetahui idea bernas Fatimah. Di Cafe itu, mereka telah mengaturkan strategi. Adam sangat berharap yang strategi kali ini akan membuahkan hasil. Susah benar rasanya untuk menawan sekeping hati milik Nurlisa Juliana.

*****************************************
 Fiqa dan Fatimah telah berada di tempat barbeque seawal 7.15 malam untuk membakar arang dan yang lainnya akan menyusul selepas solat Insyak nanti. Biasalah, Fiqa dan Fatimah tu sedang PMS atau dalam bahasa melayunya, ABC... Allah bagi Cuti..
            Seusai solat maghrib, Lisa mengambil peluang ini untuk berzikir dan berdoa memohon keampunan, kesejahteraan untuk dirinya, keluarga, sahabat dan muslimin muslimat pada amnya sambil menunggu masuknya waktu Insyak. Setelah dia menghabiskan doanya, dia berjalan menuju koridor. Angin bayu yang menghembus wajahnya amat menenangkan, namun hatinya masih lagi berdebar seperti kali pertama menjejakkan kakinya ke pulau ini pagi tadi. Sesuatu telah menjentik tangkai hatinya untuk mengenali lelaki misteri itu. Lisa tidak mahu lagi dirinya hidup dalam persoalan yang tiada jawapan. Dia harus bertanya Fatimah siapa lelaki itu, tapi bukan sekarang.
            Malam itu, Lisa mengenakan skirt kembang labuh yang berwarna putih, t-shirt lengan panjang yang berwarna hijau pucuk pisang serta tudung berona serupa. Dia tampak begitu ayu sekali. Lisa sengaja mengenakan sopan dan selesa dipakai daripada memakai jeans seperti teman-temannya yang lain memandangkan Hery dan Daus juga turut serta.
“Lisa, dah-dah la tu.. kau dah memang cantik , pakailah apa pun, kau tetap Nampak cantik. Jom lah kita perrgi sekarang, kang tak pasal-pasal bising pula minah-minah ABC kita tu.”
Keena ketawa dengan kata-katanya sendiri. Begitu juga Lisa. Keena ni memang ada-ada je. Mulutnya memang tak ada insurans. Tetapi mereka berlima sangat mengenali gadis lincah ini, mulut aje lebin, tapi hati baik...
“dah-dah... Jom.. tak pasal-pasal aku dapat dosa kering malam ni”
Lisa lantas menarik tangan Keena. Keena memang tak boleh dilayan, makin dilayan, makin menjadi-jadi.
**************************************
Daus dan Hery adalah orang yang paling lewat ke tempat mereka berbaberque. Entah apa la yang dibuat dalam bilik tu lama-lama. Tetapi, rupa-rupanya mereka tertidur. Penat katanya. Kini, giliran Daus dan Hery untuk membakar ayam, sosej dan bebola sotong. Lisa, Fatimah, Fiqa dan Keena pula yang menjamu selera. Lisa mengambil seketul paha ayam, dan beberapa bebola sotong kemudian diletakkan di atas pinggan kertas. Dia bergerak ke meja sebelah kiri dimana terdapatnya sos cili dan minuman.
            Dari kejauhan, Fatimah melambai-lambaikan tangannya pada Lisa supaya duduk bersamanya. Lisa mengatur langkahnya kearah Fatimah yang duduk diatas batang pokok kelapa yang telah rebah menyembah bumi. Kerusi yang disediakan di tempat barbeque tidak mencukupi.
            Setelah Lisa melabuhkan duduknya disebelah Fatimah, tidak sampai beberapa saat, giliran Fatimah pula bangun dari tempat asalnya. Lisa memandang Fatimah dengan penuh rasa hairan.
            “Eh, Timah... kau nak pergi mana pulak tu. Makanan kau pun belum habis kan??”
            “Aku nak pergi ambil sos je la... Kau tunggu kejap ye. Nanti aku dating balik.”
            “Kalau setakat nak pergi ambil sos, tak payah laa.. kongsi je dengan  aku..”
“Kau ni macam la tak kenal aku. Sos dalam pinggan kau tu, untuk aku sorang pun belum tentu cukup tau. Alah, tunggu la kejap, bukan lama pun.. ye??”
Lisa memandang lama wajah Fatimah. Kemudian dia mengangguk-ngangguk.
“yelah-yelah.. tapi cepat sikit tau!”
Fatimah tersenyum dan mengangguk lalu dia segera berlalu pergi.
Ketika Lisa sedang asyik mengunyah ayam bakarnya, tiba-tiba dia mendengar satu suara menyapanya dari arah belakang. Lisa mula rasa takut.
“Assalamualaikum!”
Alamak, bunyi lagi.. nak jawab ke tak ni.. atau, aku lari je???.. alaa.., mana si Timah ni. Lambatnya ambil sos. ‘  Omel Lisa dalam hati.
Lisa mangambil keputusan untuk memberanikan diri berpaling kebelakang dan menjawab salam dari lelaki yang tidak dikenali itu. Lisa mengamati wajah raut wajah lelaki itu, umm... boleh tahan.. tapi itu bukan tujuan utamanya, dia Cuma mahu mengecam wajah itu, takut terjadi apa-apa nanti. Dia Cuma mengambil langkah berjaga-jaga.
“Boleh saya duduk sini?”
Adam memulakan bicara. Dia menunggu jawapan dari Lisa.
“Laa, awak nak duduk ke? Saya ingat kan ape la tadi. Umm, duduklah, tempat ni pun bukan tempat saya. Awak duduklah, saya boleh cari tempat lain.”
Lisa mempersilakan lelaki itu duduk, dan dia telah berdiri dari tempat duduk asalnya untuk bergerak ke tempat lain. Namun, langkahnya terhenti apabila lelaki yang tidak dikenali itu menyebut namanya.
“Lisa... kejap!... sebenarnya saya nak cakap dengan awak boleh??”
“Eh, macam mana awak boleh tahu nama saya?.
Lisa mula rasa curiga. Suaranya mendatar sahaja ketika bertanyakan
“Saya Adam. Saya lah yang selau hantar bunga kat awak tu.. Timah yang bagitau nama awak pada saya dulu. Saya harap awak tak salah faham dengan kedatangan saya ke sini. Saya cuma nak terangkan segala-galanya pada awak memandangkan selama ini kita tak pernah jumpa. Boleh saya ambil masa awak sekejap?”
Adam terus mengatakan tentang tujuannya kepada Lisa. Dia tidak mahu Lisa menganggap dirinya sebagai lelaki yang suka mencari peluang dan kesempatan untuk mendekati dirinya. Dia ikhlas dengan diri dan perasaannya. Rasa hormat Adam pada gadis itu terlalu tinggi sesuai dengan cara Lisa menjaga batas-batas dalam pergaulannya, percakapannya dan tingkah lakunya. Semua itu telah menjentik tangkai hati Adam untuk lebih mengenali Lisa. Lisa lah satu-satunya gadis yang berjaya mengetuk pintu hatinya, dan sekarang Adam telah membuka pintu itu seluas-luasnya untuk gadis yang bernama Nurlisa Juliana.
Lisa kelihatan sedikit kaku ketika berada bersama Adam. Lisa mengajak Adam untuk berbicara di cafe kerana disitu lebih selesa untuk mereka berbincang. Lisa sebenarnya kekok berada dalam keadaan begitu. Dia tidak biasa berada satu meja dengan orang yang tidak dikenalinya lebih-lebih lagi lelaki. Lisa hanya diam. Dia tidak tahu dimana dia patut memulakan bicara. Sebelum ini persoalan sentiasa berlegar-legar di ruang otaknya namun kini dia rasa kosong. Entah kemana la persoalan itu hilang. Akhirnya Lisa mengambil keputusan untuk diam seribu bahasa. Dia fikir, mungkin Adam yang harus memulakannya dulu.
Sedari tadi Adam tidak tentu arah, sekejap menghadap lantai, sekejap pandang kekiri, sekejap kekanan. Bukan kerana malu, tetapi dia bagaikan tidak percaya bahawa gadis idamannya yang selama ini hanya dilihat dari jarak jauh kini benar-benar berada di depan matanya. Adam sebenarnya takut jikalau hatinya tercucuk dek hasutan syaitan, dia juga tidak mahu cintanya dikotori dengan nafsu semata-mata tetapi kerana Allah. Insyaallah.
“Lisa, sebenarnya saya betul-betul ikhlas nak kenal dengan awak. Saya tak berapa pandai nak berkias-kias. Saya cuma nak cakap yang saya rasa saya dah jumpa jodoh saya. Awaklah wanita pertama yang berjaya buka pintu hati saya. Saya begitu yakin yang awaklah wanita itu.. Tetapi sekiranya Lisa rasa kata-kata saya terlalu biadap, saya minta maaf sangat-sangat.”
Sayu mata Adam memandang kearah Lisa. Dia redha jika Lisa menolaknya. Tapi dia terlalu berharap agar wanita yang bakal menghiasai pelaminannya nanti adalah Lisa. Berdosakah dia berperasaan sedemikian?. Atau dia harus membuang jauh perasaan itu dari wujud dalam hatinya?.. dia sendiri keliru. Kini, hanya jawapan dari Lisa sahaja yang bakal menentukan segalanya. Hanya dalam hati dia mampu berdoa, mengharapkan yang terbaik dating dariNya.
Ya Allah, berdosakah aku membuat Lisa berada dalam dilemma??,, Ya Allah, bantulah hambaMu yang lemah ini. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala apa yang terbuku dalam hati ini Ya Allah. Amin!’
Lisa sedikit terkejut apabila mendengar kata-kata lelaki dihadapannya. Dalam hati, dia beristighfar dan meminta bantuan dari Allah supaya dia dapat memberikan jawapan yang terbaik dan tidak mengguriskan hati sesiapa. Lisa mendongakkan sedikit kepalanya untuk memulakan bicara. Lisa tersenyum memandang Adam. Hanya nama itu yang Lisa tahu, “ADAM”. Malu untuk dia bertanyakan nama penuh lelaki itu. Cukuplah hanya Adam. Lisa terpegun sebenarnya dengan kejujuran lelaki itu, namun jawapannya...
“Adam, saya percaya jodoh pertemuan, ajal, maut semuanya di tangan yang Maha Esa. Begitu juga Adam kan?”
Adam hanya mengangguk.
“ Dan saya pasti Adam tahu jawapan saya. Saya berserah segala-galanya pada takdir. Saya redha dengan percaturan yang telah Allah S.W.T tetapkan. Buat masa ini, tidak seharusnya saya mementingkan diri sendiri mengejar cinta tetapi tidak cita-cita. Tanggungjawab saya masih banyak Adam, dan keluarga saya yang paling utama. Bukankah rugi masa kita mengharap benda yang tak pasti. Adam, jika betullah saya adalah jodoh Adam, suatu hari nanti saya akanjadi isteri Adam. Pada waktu itu, hanya Adam di hati saya. Insyaallah. Sabarlah menanti Adam. Pasti ada hikmah di sebalik semua ini.”
Adam kagum dengan hujah Lisa. Dia mengaku yang dia masih jahil dalam ilmu agama. Bagaimana kelak dia hendak membimbing isteri sera anak-anak jika ilmunya sendiri masih kurang. Benar kata Lisa, Allah sudah menentukan segala-galanya, Adam hanya perlu menguatkan lagi rukun Iman yang keenam iaitu percaya kepada Qada’ dan Qadar.. Adam berpuas hati dengan jawapan Lisa. Sekarang dia hanya berseorangan disitu setelah Lisa meminta diri untuk pulang.
Kereta Honda Vios milik Adam Haikal menyusuri lebuhraya yang agak lengang ketika itu. Lincah tangannya mencari siaran radio dan akhirnya Radio IKIM menjadi pilihan. Lagu nasyid dari Kumpulan Devotees sedang keudara. Adam tertarik dengan bait-bait lagu itu..
Bukanlah aku sengaja,
Melindungi rasa dijiwa,
Namun bimbang hati kan terleka,
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah,
Hingga terabai segala cita,
Sedang khayalan tak menjanjikan,
Segunung kebahagiaan sebagai mahar hantaran,
Adakah mungkin engkau mengerti,
Setiap cinta yang dilafazkan,
 bukanlah sekadar mainan,
tetapi sebuah janji....

Adam berjanji yang dia perlu melengkapkan dirinya sebelum dia menjadi seorang suami yang bakal membimbing keluarganya ke jalan Syurga..

*************************************

Lisa bakal berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya. Alhamdulillah, kini jodohnya telah sampai. Tiada apa yang dia harapkan kecuali memiliki seorang suami yang soleh dan dapat membimbingnya ke Syurga. Lisa tidak pernah berjumpa dengan bakal suaminya. Ada juga yang mengusik tentang kekacakan bakal suaminya itu. Entah betul entah tidak.
            Akad nikah dilangsungkan di rumah Lisa. Semasa pengantin lelaki sedang melafazkan akad, Lisa seperti mengenali suara lelaki itu. Tapi hatinya keras mengatakan tidak. Masakan Adam dan Haikal adalah orang yang sama?. Dia membuang perasaan curiga itu jauh-jauh. Dengan sekali lafaz, kini Nurlisa Jualiana telah sah menjadi isteri kepada Adam Haikal.
            Setelah itu, upacara membatalkan air sembahyang pula berlangsung. Penagntin lelaki menyarungkan cincin perkahwinan kepada pasangannya. Lisa mengangkat wajahnya untuk melihat wajah suaminya. Ternyata, benar sangkaannya tadi. Air mata Lisa tiba-tiba memenuhi tubir mata, lalu cepat-cepat air mata itu diseka oleh suaminya, Adam. Inilah kebesaran Allah, sesungguhnya, cinta yang suci kerana ALLAH adalah cinta yang sebenar- benarnya.  Adam sempat membisikkan sesuatu di telinga Lisa...
            “I LOVE YOU....”

-TAMAT-

written by: Nurizzati ^_~

2 comments:

  1. teruskan usaha ko utk tulis banyak2 cerpen....supaya aku bley baca....hahaha
    cerpen nie mmg best....:)
    x de la banyak sgt typing error.....

    ReplyDelete
  2. hahahaah.... tq zuk for supporting.. Insyaallah, kalo ada kesempatan dan idea, aku tulis lagi.. hik3

    ReplyDelete